T&C– Waffiy Marketing Expert (WME)

1. Definisi

  • “WME” merujuk kepada Waffiy Marketing Expert, sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan pemasaran digital.
  • “Pelanggan” merujuk kepada individu/syarikat yang menggunakan perkhidmatan WME.
  • “Servis” merangkumi servis seperti pembuatan laman web, iklan berbayar, pemasaran TikTok, pengurusan WhatsApp AI, dan perkhidmatan berkaitan.

2. Tempahan & Pembayaran

  • Pelanggan perlu membuat bayaran penuh atau deposit (minimum 50%) sebelum servis dimulakan.
  • Baki bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya sebelum projek disiapkan atau semasa penghantaran akhir.
  • Semua bayaran tidak termasuk cukai SST (jika dikenakan).

3. Skop Kerja

  • Skop kerja akan dijelaskan secara bertulis melalui quotation atau invois rasmi.
  • Sebarang permintaan tambahan luar daripada skop asal akan dikenakan caj tambahan berdasarkan rundingan.

4. Masa Siap & Jadual

  • Tempoh siap projek bergantung kepada jenis servis dan akan dipersetujui bersama.
  • WME tidak bertanggungjawab atas kelewatan projek akibat kelewatan maklumat/gambar/konten daripada pihak pelanggan.

5. Revisi & Pindaan

  • Setiap servis disertakan dengan 2 kali revisi percuma.
  • Revisi tambahan akan dikenakan caj mengikut tahap kesukaran dan masa kerja.

6. Hak Milik & Kandungan

  • Segala hasil kerja (design, video, script, dll.) hanya menjadi milik pelanggan selepas bayaran penuh diselesaikan.
  • WME berhak menggunakan hasil kerja sebagai portfolio untuk promosi agensi kecuali dinyatakan sebaliknya oleh pelanggan secara bertulis.

7. Pembatalan & Pulangan Wang

  • Tiada pulangan wang akan diberikan setelah kerja dimulakan, kecuali jika dipersetujui bersama atas sebab tertentu.
  • Jika pelanggan membatalkan projek selepas deposit dibayar, deposit tidak akan dipulangkan.

8. Privasi & Kerahsiaan

  • Segala maklumat pelanggan adalah rahsia dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis.

9. Liabiliti

  • WME tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kehilangan jualan atau kerosakan akibat penggunaan servis secara tidak langsung.

10. Pematuhan Platform

  • Pelanggan bertanggungjawab memastikan kandungan produk/servis mereka mematuhi polisi TikTok, Meta (FB/IG), Google dan platform lain.
  • WME tidak bertanggungjawab atas sekatan iklan disebabkan pelanggaran polisi platform.

11. Penerimaan Terma

  • Dengan menggunakan servis WME, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma & syarat ini.